Step by step I learn.Everything is about taking chances.Happy hour, minutes of gloom or even a moment of suffering lead to writing.I am writing to help me remember what i have learn,what i am willing to do and what i am lovin.Everythings matter!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

In The Name of Allah,The Most Merciful And Graceful http://berkatalahyangbenar.blogspot.com/

Home Sweet

Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Sodapnya Mo'tan

Salam Tinta kemaafan

Maaf kawan2 blogger sekalian  kerana dah hampir setahun aku tak menulis dalam blog ini..


Mungkin kerna terlampau leka dengan kehidupan yg sementara ini,
Mungkin juga kerana kurang motivasi diri,

Mungkin juga kehabisan cerita dalam kotak minda,
Mungkin juga kerana malas melampau,
kalau takpun.......merajuk sendirian..

Haha,,,apapun "I'm back"



Al-Quran, surah 80, ayat 24 hingga 32 menyatakan tentang tumbuhan sebagai makanan manusia. Ayat itu bermaksud: ‘Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. Sesungguhnya Kami telah benar-benar mencurahkan air dari langit. Kemudian kami belah bumi dengan sebaik-baiknya. Lalu kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu. Anggur dan sayur-sayuran. Zaitun dan pohon kurma. Kebun-kebun (yang lebat) dan buah-buahan serta rumput-rumputan untuk kesenanganmu dan binatang-binatang ternakmu.’



Nak kait buah Mo'tan 



Asal Usul Buah rambutan ini orang cakap;
  • English: rambutan 
  • Thai: ngoh, phruan 
  • Indonesia dan Malaysia: rambutan 
  • Cambodia: saaw maaw 
  • Vietnam: chom chom, vai tieu 
  • Chinese (Cantonese): hooun mo daon; (putonghua): shau tsz 
  • Nama Ilmiah Species: Nephelium lappaceum L. var. lappaceum Famili: Sapindaceae (Soapberry) 


"Rambutan (Nephelium lappaceum L) diperkirakan adalah tanaman asli Indonesia yang penyebarannya dimulai ke Cina bagian selatan (Yunnan dan Hainan), lalu terus debarkan ke Thailand, Malaysia dan Filipina."


Tapi..Aku bukan nak bercerita tentang mo'tan nie. 
Time cuti Deepavali tahun nie adalah....Hooray....Musim buah RAMBUTAN dan DURIAN



Aku bersama Adik-adikku,Hakim dan Hariz pergi mengait Rambutan...Wow,warnanya merah kekuningan cukup mengancam dan meliurkan sesiapa sahaja..aku memanjat pokok rambutan arwah peninggalan Tuk dengan hati-hati bersama parang panjang kerana semut di atas pokok Mo'tan tue ..cukup banyak dan sentiasa menunggu mangsa sahaja..





Alhamdulillah.kami berjaya memungut penuh dua kereta sorong yang aku pinjam daripada Paksu..pun begitu, masih banyak buah melebat di atas pokok tapi  kudratku membataskan..




"Letih sungguh habaq kat hangpa"




Adikku dah nangis sebab aku x nampak dia time dia kutip buah d bawah,,,aku kait serumpun rambutan lagi ..Akibatnya..kena la kepala adikku..




"Maaf ya Hariz..."




Hariz n Hakim kutip Buah Mo'tan


Merah tue Mo'tan


Hakim N Me



With Hakim n'Hariz

Ok..Jangan lupa membe2 sume..enjoy tis festive "Musim Buah"

Terima kasih 


Tinta penulis





d' Momento O' Training

Dear diary...

i feel exhausted on the day i started.
i feel pain to face the people attitudes.
i am throbbing my body and
it hurting my mind sometimes
to think that "i cannot do".
i feel lost toward my ambition.
i feel terrible for the time i wasted.
i feel mad to the people who dear to me.
i am bored when people ignoring me.
i feel helpless sometimes
when the people notice me a little.
i feel satisfied to show who i am.
i feel joy when i have done the task.
i feel warmth to the people who help me through.
i feel good to get to know people and it comes better toward the end...


Me with Jet Airways (B737-400) at its main landing gear.
Me and my group with the Jet Airways(B737-400) at its Turbine engine.
Me with Jet Airways landing gear
Me with Thai Airways(B737-400) before its takeoff that evening.
Still in front of the CFM 56-3 turbine engine of Thai Airways
Me n group time Engine starting by using Pneumatic Air Starter

Selamat tinggal "Good Citizen"

Assalamualaikum
Dear reader,

A week ago,i am having a nice Hari Raya Eidulfitri with my family and cousins in my hometown back in Penang.It was very pleasant day just hanging around and chatting with your family on such typical stories such as 'Hakim makin tinggi la' and many more.I am without a slightest clue knows that my life will change somehow after "Hari Raya".

On my trip back to my workplace at Subang,something bad happened...

My bus arrived at Bukit jalil station at 4 am and i feel very exhausted.So i decided to spend the time before Subuh prayer at the musolla.

I took a nap there because Subuh prayer is around 6 am,so there were time to kill.After a while the musolla start to fill with people.They just got there by buses like mine.Then,my handset watch shown 6 am and people start to make saf and ready to start the prayer.Then i went to the restroom to take"wuduk".After that, i came back to the musolla to start the prayer with the Jamaah.

At first i want to put my bag at the front row before the saf,but i felt it is not necessary as there were so many bag at the back row.I assume it was safe because people just put it there.Usually i put my bag at the front but.. that day i felt safe there.

Then after prayer,i felt something in my stomach...

I opened my bag and found that my "good citizen" is not there.I was petrified for a while and do not know what to do.Then i asked a brother beside me but he also cannot do anything. So i called my mother and she was shocked to hear the news.

My laptop was missing.

I went out and asked for the boys hanging around in front of the musolla.I tell my problem and asked for their permission to check their bag but my luck is not on my side this time.It was nothing in their bag except for clothes and "Hari Raya" cookies.

I am reallly sad.

I went back with LRT and transit for KTM to Bangi.My mind really go somewhere else because i took the bus to Nilai first and went back to Bangi.My "Toksu" is waiting me at Bangi for a while.Luckily he was not piss off.

The end.

I felt really lost and empty now as my laptop always by my side for this two and half years.It were such great memories with it.How i buy it with just riding a motorcycle with Iwan in Semester 2 until the day before it was taken, that my resume for the fireflies interview was there.It was a great loss.

I am hoping that the thief will giving me back my laptop and before that happen i will not forgive him until the day i am not in the world anymore.It is such a cruel sentence but it is sincerely what i felt now.

my pen is shutting down...

domo arigato...

ALLAH Maha Melihat...

"Cek Ada Ramai Kawan"

Hadis riwayat Anas bin Malik ra., ia berkata:
Rasulullah saw. bersabda: Tanda kemunafikan adalah membenci sahabat Ansar dan tanda keimanan adalah mencintai sahabat Ansar
Sahih Muslim  




       "Cikgu!!saya tak nak kawan dengan dia!!"Seorang murid sekolah rendah mengadu kepada gurunya atas perihal kawannya.Hakikatnya kawan atau sahabat merupakan suatu rahmat daripada Allah kepada makhluknya.Dengan sifat Ar-Rahman,setiap manusia dikurniakan sahabat atau kawan samaada kita sedari ataupun tidak."Kawan "support"kita dalam kebanyakan hal"ujar seorang sahabatku.

     Memang benar,kita banyak bergantung kepada orang lain untuk tujuan mengharungi kehidupan yang sementara ini.Ada kalanya kita leka dan seringkali terlupa akan sahabat kita yang banyak membantu .Kata peribahasa "Tak kenal maka tak cinta" tetapi apabila kita terlalu mengenali sahabat kita maka banyaklah pekung di dadanya yang kita ketahui.Hal ini seharusnya dijadikan sebagai satu titik tolak untuk merapatkan silaturrahim antara sesama sahabat tetapi sebaliknya berlaku.

     Kita terlalu taksub dengan keburukan sahabat kita sehingga kebaikannya yang mencurah-curah begitu senang kita lupai.Saya menulis bukan untuk "mengutuk" tetapi lebih kepada mengingati diri saya yang sering lupa tentang sahabat-sahabat sekalian.SYUKRAN ILA KULLI AL-ASDIQA'.Sahabat yang sejati susah ditemui,oleh itu terimalah sahabat anda seadanya.



Hadis riwayat Abu Musa ra.:
Dari Nabi saw., beliau bersabda: Sesungguhnya perumpamaan berkawan dengan orang saleh dan berkawan dengan orang jahat adalah seperti seorang penjual minyak wangi (misk) dan seorang peniup dapur tukang besi. Penjual minyak wangi, dia mungkin akan memberikan kamu atau kamu akan membeli darinya atau kamu akan mendapatkan aroma harum darinya. Tetapi peniup dapur tukang besi, mungkin dia akan membakar pakaianmu atau kamu akan mencium bau yang tidak sedap
 Sahih Muslim


 
Hadis riwayat Abu Ayyub Al-Anshari ra.:
Bahwa Seorang badui menawarkan diri kepada Rasulullah saw. dalam perjalanan untuk memegang tali kekang unta beliau. Kemudian orang itu berkata: Wahai Rasulullah atau Ya Muhammad, beritahukan kepadaku apa yang dapat mendekatkanku kepada surga dan menjauhkanku dari neraka. Nabi saw. tidak segera menjawab. Beliau memandang para sahabat, seraya bersabda: Ia benar-benar mendapat petunjuk. Kemudian beliau bertanya kepada orang tersebut: Apa yang engkau tanyakan? Orang itu pun mengulangi perkataannya. Lalu Nabi saw. bersabda: Engkau beribadah kepada Allah, tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu, mendirikan salat, menunaikan zakat dan menyambung tali persaudaraan. Sekarang, tinggalkanlah unta itu 

Sahih Muslim 

Tribute to my collegues


"Thank You Friends"



Tinta Penulis






Menuju Puncak Nuang..


     Dua bulan lepas,aku bersama 5 sahabatku mendaki Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat,Selangor. Kami bertolak daripada kampus MIAT seawal pukul 11.30 malam tetapi apakan daya, kita hanya merancang tetapi Allah sahajalah sebaik-baik perancang.Sesampainya di stesen minyak Shell di Kajang,Motorsikalku iaitu EX5 PJF 2345 kelihatan tiada angin,aku cuba untuk mengisi angin tetapi tidak berjaya,jadi aku pun mengambil keputusan untuk mengisi angin di stesen minyak seterusnya.Sahabat-sahabatku yang lain tniggal sementara di situ.

      Sesampainya aku di stesen minyak seterusnya,aku cuba mengisi angin tetapi tidak boleh.Rupa-rupanya tayarku sudahpun pancit.Pada masa itu juga aku terpisah dengan sahabat-sahabatku yang lain dan lebih malang lagi "handphoneku" tertinggal dalam beg yang aku serahkan kepada kawanku.Diorang cuba mencariku tetapi tidak berjumpa.Aku kemudian meminta pertolongan seorang hamba Allah di stesen minyak tersebut.Beliau kemudiannya menelefon seorang mechanic.Hampir 30 minit kemudian,mechanic tersebut pun datang .Aku dikena "charge" sebanyak RM25."Mahal giler"aku berbisik sendirian namun aku tiada pilihan yang lain.Aku kembali ke tempat sahabat-sahabatku iaitu stesen minyak pertama  pukul 1.00pagi.Kemudian baru kami bertolak ke Nuang.Aku menunggang motorsikal dengan Tarmizi(mici),Fathi dengan Fikry dan Radhi dengan Izzat(Jat).

     Pukul  2.00 pagi baru kami sampai ke tempat matlamat kami iaitu kaki Gunung Nuang.Aku baru "first time" mendaki gunung jadi aku sangat teruja.Kami mendaki terus dan kemudiannya berehat sebentar di checkpoint kedua.Selepas hampir 30 minit berehat kami meneruskan pendakian.Kemudiannya Kami berehat agak lama di checkpoint seterusnya yang terkenal dengan panggilan kem pacat.Pada masa itu,barulah aku tahu betapa tingginya langit dan bumi ciptaan Allah ini.Penat sungguh dan kakipun terasa sangat lenguh.Menurut sahabatku,Fathi iaitu leader untuk pendakian ini,kami baru separuh perjalanan sebelum sampai ke puncaknya.Jalannya pun agak rata cuma berbatu-batu sahaja.  
  
     "Ya Allah tak sampai lagi ka?"perasan terkejut dan penat bercampur.Kami sempat melelapkan mata di kem pacat tersebut.Tepat pukul 7.30 pagi,kami meneruskan perjuangan menuju puncak Nuang.Semua yang terlibat kelihatan letih dan penat termasuk diriku.Kali ini jalannya sangat curam dan akar-akar pokok berbelit-belit.Kami terus menuju ke puncak dan aku terpisah dengan Fati dan Radhi yang jauh ke depan,stamina mereka sungguh kuat.Namun kami tidak berputus asa, bak kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang.Aku,Jat,Fikry dan Mici yang tertinggal di belakang terus mengorak langkah perlahan-lahan kerana letih sungguh rasanya dan kami berempat sampai ke puncak selepas jam 9 pagi.

Alhamdulillah,semua tersenyum lebar.Kesejukan di puncak tersebut terasa sehingga ke isi walaupun kami hangat dibanjiri peluh masing-masing.Setelah itu kami menjamu sedikit makanan bersama-sama, iaitu roti gardenier,sardin,tuna kambing chef wan,biskut empat segi bergula dan air mineral."Sedapnya"alhamdulillah.Perut lapar baru terasa betapa bersyukurnya aku ke hadrat Ilahi.Perjalanan balik sangat lancar.kami bertembung dengan group pengakap dan ramai pendaki lain.Kami sampai di kaki bukit kembali menjelang pukul 5.00 petang.

     Kemudian kami singgah sebentar untuk makan di restoran mamak berdekatan kerana hujan makin lebat.Kemudian kami terus balik ke Miat tetapi kami terpisah dalam perjalanan pulang, masing-masing dengan jalan sendiri kerana hujan sangat-sangat lebat.Sampainya di Miat dalam pukul 7.00 Malam.Untuk pengetahuan,kami bersolat subuh dan zuhur di atas gunung Nuang.Solat asar ditunaikan setelah kembali ke Miat.Selepas solat Isyak aku terus tidur sehingga Subuh esoknya.Pengalaman mendaki Gunung ini sangat bermakna kerana bukan senang oo,tingginya hampir mencecah 5000 kaki atau lebih tepat 4898 ft dari aras laut.Ohhh!!pengalaman ini sangat berharga dan aku terhutang budi dengan sahabat-sahabat expedisi ini kerana banyak membantu.

TERIMA KASIH SEMUA...
 
 

 Tinta penulis                                                                                 

Segala Puji Bagi Allah..

Subhanallah!! Cantik kan,gambar  ini diambil di Pulau Aman,Pulau Pinang,berdekatan rumah saudaraku.

Little Hamster


Related Posts with Thumbnails