Step by step I learn.Everything is about taking chances.Happy hour, minutes of gloom or even a moment of suffering lead to writing.I am writing to help me remember what i have learn,what i am willing to do and what i am lovin.Everythings matter!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

In The Name of Allah,The Most Merciful And Graceful http://berkatalahyangbenar.blogspot.com/

Home Sweet

Menuju Puncak Nuang..


     Dua bulan lepas,aku bersama 5 sahabatku mendaki Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat,Selangor. Kami bertolak daripada kampus MIAT seawal pukul 11.30 malam tetapi apakan daya, kita hanya merancang tetapi Allah sahajalah sebaik-baik perancang.Sesampainya di stesen minyak Shell di Kajang,Motorsikalku iaitu EX5 PJF 2345 kelihatan tiada angin,aku cuba untuk mengisi angin tetapi tidak berjaya,jadi aku pun mengambil keputusan untuk mengisi angin di stesen minyak seterusnya.Sahabat-sahabatku yang lain tniggal sementara di situ.

      Sesampainya aku di stesen minyak seterusnya,aku cuba mengisi angin tetapi tidak boleh.Rupa-rupanya tayarku sudahpun pancit.Pada masa itu juga aku terpisah dengan sahabat-sahabatku yang lain dan lebih malang lagi "handphoneku" tertinggal dalam beg yang aku serahkan kepada kawanku.Diorang cuba mencariku tetapi tidak berjumpa.Aku kemudian meminta pertolongan seorang hamba Allah di stesen minyak tersebut.Beliau kemudiannya menelefon seorang mechanic.Hampir 30 minit kemudian,mechanic tersebut pun datang .Aku dikena "charge" sebanyak RM25."Mahal giler"aku berbisik sendirian namun aku tiada pilihan yang lain.Aku kembali ke tempat sahabat-sahabatku iaitu stesen minyak pertama  pukul 1.00pagi.Kemudian baru kami bertolak ke Nuang.Aku menunggang motorsikal dengan Tarmizi(mici),Fathi dengan Fikry dan Radhi dengan Izzat(Jat).

     Pukul  2.00 pagi baru kami sampai ke tempat matlamat kami iaitu kaki Gunung Nuang.Aku baru "first time" mendaki gunung jadi aku sangat teruja.Kami mendaki terus dan kemudiannya berehat sebentar di checkpoint kedua.Selepas hampir 30 minit berehat kami meneruskan pendakian.Kemudiannya Kami berehat agak lama di checkpoint seterusnya yang terkenal dengan panggilan kem pacat.Pada masa itu,barulah aku tahu betapa tingginya langit dan bumi ciptaan Allah ini.Penat sungguh dan kakipun terasa sangat lenguh.Menurut sahabatku,Fathi iaitu leader untuk pendakian ini,kami baru separuh perjalanan sebelum sampai ke puncaknya.Jalannya pun agak rata cuma berbatu-batu sahaja.  
  
     "Ya Allah tak sampai lagi ka?"perasan terkejut dan penat bercampur.Kami sempat melelapkan mata di kem pacat tersebut.Tepat pukul 7.30 pagi,kami meneruskan perjuangan menuju puncak Nuang.Semua yang terlibat kelihatan letih dan penat termasuk diriku.Kali ini jalannya sangat curam dan akar-akar pokok berbelit-belit.Kami terus menuju ke puncak dan aku terpisah dengan Fati dan Radhi yang jauh ke depan,stamina mereka sungguh kuat.Namun kami tidak berputus asa, bak kata pepatah genggam bara api biar sampai jadi arang.Aku,Jat,Fikry dan Mici yang tertinggal di belakang terus mengorak langkah perlahan-lahan kerana letih sungguh rasanya dan kami berempat sampai ke puncak selepas jam 9 pagi.

Alhamdulillah,semua tersenyum lebar.Kesejukan di puncak tersebut terasa sehingga ke isi walaupun kami hangat dibanjiri peluh masing-masing.Setelah itu kami menjamu sedikit makanan bersama-sama, iaitu roti gardenier,sardin,tuna kambing chef wan,biskut empat segi bergula dan air mineral."Sedapnya"alhamdulillah.Perut lapar baru terasa betapa bersyukurnya aku ke hadrat Ilahi.Perjalanan balik sangat lancar.kami bertembung dengan group pengakap dan ramai pendaki lain.Kami sampai di kaki bukit kembali menjelang pukul 5.00 petang.

     Kemudian kami singgah sebentar untuk makan di restoran mamak berdekatan kerana hujan makin lebat.Kemudian kami terus balik ke Miat tetapi kami terpisah dalam perjalanan pulang, masing-masing dengan jalan sendiri kerana hujan sangat-sangat lebat.Sampainya di Miat dalam pukul 7.00 Malam.Untuk pengetahuan,kami bersolat subuh dan zuhur di atas gunung Nuang.Solat asar ditunaikan setelah kembali ke Miat.Selepas solat Isyak aku terus tidur sehingga Subuh esoknya.Pengalaman mendaki Gunung ini sangat bermakna kerana bukan senang oo,tingginya hampir mencecah 5000 kaki atau lebih tepat 4898 ft dari aras laut.Ohhh!!pengalaman ini sangat berharga dan aku terhutang budi dengan sahabat-sahabat expedisi ini kerana banyak membantu.

TERIMA KASIH SEMUA...
 
 

 Tinta penulis                                                                                 

0 comments:

Post a Comment

Little Hamster


Related Posts with Thumbnails