Step by step I learn.Everything is about taking chances.Happy hour, minutes of gloom or even a moment of suffering lead to writing.I am writing to help me remember what i have learn,what i am willing to do and what i am lovin.Everythings matter!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

In The Name of Allah,The Most Merciful And Graceful http://berkatalahyangbenar.blogspot.com/

Home Sweet

Jejak Pertama!!!


     Tanggal 14 Mei 2010,aku bersama rakan-rakanku melawat satu pusat overhaul turbine engine yang memang tidak dinafikan kemasyhurannya di segenap pelusok tanahair,iaitu General Electric(GE) Aviation yang terletak di Subang.Aku kagum dengan syarikat yang usianya ratusan tahun ini kerana ia merupakan satu lagenda industri permotoran di dunia khususnya.Thomas Edison,"a man invented bulb" merupakan pengasas empayar ini.Aku pun baru tahu akan hal ini,itupun setelah diberitahu oleh rakan.Ohhhh!!!itulah jawapan aku.Memang satu empayar yang besar.

     Syarikat GE ini berpusat di US dan merangkumi pelbagai bidang industri daripada sekecil-kecilnya sehinggalah meliputi engin sebesar 7 kaki,lebih kurang tinggiku.Aku beruntung kerana kelas teori aku dibatalkan,jadi aku dapat ikut serta pergi dalam lawatan ini.Dengan menaiki kereta sendiri,sebanyak 3 buah kereta termasuk kereta yang aku naiki.

     "Nasib baik dapat pinjam kereta kak ziha".Bas Miat tidak dapat digunakan kerana mempunyai masalah teknikal.Kami diiringi oleh En.Roslan selaku pensyarah yang diamanhkan mengatur program ini.Sekali lagi syukur Alhamdulillah kerana En.Roslan "available".Beliau merupakan "ex-senior manager dalam GE.Hebat orangnya,semua staf di sana kenal beliau walaupun sudah 3 tahun beliau meninggalkan tempat tersebut dan menjadi "lecturer" di Miat.Menjejaknya kaki kami di sana,briefing tentang safety pun diadakan oleh staf bertugas."Adik-adik kena pakai goggle setiap masa",itulah kata-kata staf tersebut.Kemudianya ,kami melawat engin di dalam workshop mereka," masyaAllah" besar sungguh,dan sangat bersih.

     Aku agak "culture shock" kerana tempatnya sangat bersih dan tiada "FOD" langsung.Mataku seakan-akan tidak percaya.Aku kagum kerana kerjanya begitu sistematik dan teratur. "Kebatilan yang teratur dan tersusun dapat mengalahkan kebenaran yang kucar-kacir",kalau tak silapku ia merupakan mafhum hadis,Wallahualam.Di sana,En Hussein Syah iaitu pensyarah untuk kelas LWTR Turbine menerangkan komponen-komponen dan sistem-sistem dalam engin CFM 56-3.

       Sebelum ini kami hanya mendengar teori dalam kelas tapi menghadapi realiti engin sebenar di depan mata memang berbeza perasaanya.Aku sebenarnya kagum dengan En.Hussein Syah kerana beliau merupakan seorang Licensed Aircraft Engineer(LAE) untuk turbine engine.Beliau seorang yanng berwibawa.Semua staf di GE kenal beliau kerana kebanyakan mereka merupakan sahabat lama Apprentice MAS.Sekarang beliau masih bertugas sebagai LAE untuk Vendor MAS yang terlibat dengan Auxilary Power Unit(APU)."Nak tahu gaji beliau tak?jeng!jeng!jeng!RM20000 per month".Wow!!beliau hanya ada license dalam Gas Turbine Engine sahaja,beliau tak ambil pun License untuk Airframe tetapi gaji beliau sungguh best!.

     Tetapi yang paling best tentang En,Hussein Syah ini ialah beliau pandai mengambil hati kawan-kawan dan student,sporting dan lawak orangnya.Setelah selesai  lawatan,beliau belanja air dan kuih untuk kami semua.Secara peribadinya,aku teruja dan tidak sabar-sabar lagi untuk bekerja menjadi engineer dalam bidang penerbangan ini.Bulan depan aku akan pergi OJT di Malaysian Airlines(MAS) Subang.Semoga Allah meredhai hasratku ini.Amin.

Wallahualam,
Tinta penulis

0 comments:

Post a Comment

Little Hamster


Related Posts with Thumbnails