Step by step I learn.Everything is about taking chances.Happy hour, minutes of gloom or even a moment of suffering lead to writing.I am writing to help me remember what i have learn,what i am willing to do and what i am lovin.Everythings matter!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

In The Name of Allah,The Most Merciful And Graceful http://berkatalahyangbenar.blogspot.com/

Home Sweet

Syoknya Ramadhan!!


Ramadhan:Jom ke masjid!!!Bulan ini sebagai satu latihan untuk beristiqamah dalam bulan-bulan yang seterusnya.


Hehehe..sketsa bulan puasa

Ramadhan Oh Ramadhan!!

Tinta hamba Allah

Penat la Puasa!!!

Hadith I
Dari Anas r.a ia berkata: “Telah bersabda Rasulullah s.a.w: “Apabila makan malam (berbuka) telah disediakan, maka mulailah makan sebelum solat maghrib, janganlah mendahului solat daripada makan malam itu (yang sudah terhidang).


Huraian
1. Umat Islam hendaklah menyediakan juadah makan malam terutama untuk berbuka puasa dengan hidangan yang sederhana, dan juadah janganlah terlalu banyak sehingga mendatangkan pembaziran.


2. Apabila hidangan sudah disediakan untuk berbuka maka kita adalah disunatkan makan terlebih dahulu sebelum menunaikan sembahyang fardhu Maghrib kerana dengan berbuka kita dapat menghilangkan rasa lapar dan dahaga, dan dapat menunaikan sembahyang dengan rasa bertenaga dan selesa.
Hadith II

“Daripada Ibnu Abbas r.a. katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. adalah seorang yang sangat pemurah kepada orang lain, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan ketika baginda didatangi oleh jibril a.s. Jibril datang berjumpa baginda pada setiap malam lalu mengajar al-Quran kepada Baginda. Sesungguhnya Baginda bersifat pemurah dengan bersegera melakukan kebaikan umpama angin yang bertiup kencang.” 

(al-Bukhari dan Muslim)

Huraian
1. Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk melipatgandakan amal kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi atau personal dan merupakan rahsia antara seorang manusia dengan Tuhannya.


2. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadatnya pada bulan Ramadhan sahaja. Tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik. Sabda Rasulullah yang bermaksud :Sekiranya umatku mengetahui kebaikan yang ada di dalam Ramadhan nescaya mereka akan menginginkan agar sepanjang tahun itu adalah Ramadhan.
 

  Hadith III
Daripada Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. daripada Nabi SAW sabdanya, “Sesiapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.
  (At-Tirmidzi)
 Huraian
1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan digalakkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya kerana sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia iaitu di bulan Ramadhan.

2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan persefahaman, kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan

Uumm..
 Bubur lambuk...terhangat

Kalau ada kari lagi sedap..


Terbaik dari ladang...






Tidoq la Awai Sikit!

Imam Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan ada lima perkara merosakkan hati iaitu, "bergaul dengan banyak kalangan teman (baik dan buruk), angan-angan kosong, bergantung kepada selain Allah, kekenyangan dan banyak tidur."


Akibat tidur lewat..
  1. Pergerakan menjadi lemah dan tidak bermaya.
  2. Semangat menjadi pudar dan hari dimulai dengan hari yang buruk.
  3. Pening kepala sering terjadi dan boleh merebak kepada penyakit yang lebih serius.
  4. Daya ingatan kian lemah dan tidak cerdas.
  5. Cenderung untuk melakukan kesalahan dan kecuaian.
  6. Solat subuh "dinosaur" dan lewat ke kelas
  7. Pembahagian masa terganggu dan rutin harian tidak keruan.
  8. "Instructor" marah sebab datang lewat,merosakkan suasana kelas yang sepatutnya ceria dan efektif.
  9. Tidur lewat menjadi tabiat hidup harian yang akan semakin sukar diubah.
  10. Muka tidak berseri dan hilang daya tumpuan dalam sesuatu kerja. 

Agak-agak la study bro!!
Sedapnya Tidur!!
Inilah akibat tidur lewat


Letihnya dia.. 


Tengok movie la nie..hehe 


 Zzzz..

Cutenya.. 

Danger is sensed..

"The present study shows that the greater one stayed up at night, the more maladjusted in college life, in terms of global mental health, sleep quality and academic performance," said Kim. "It seems important to give relevant information and helpful guidance on good sleep habits to students from the beginning of college life."

The study, conducted by Jung Kim, PhD, of Pohang University of Science in Technology in South Korea, was based on a survey of 399 college students in Korea.

     Tidurlah awal kerana rezeki melimpah ruah datang pada ketika fajar belum menyingsing  bukan di kala matahari tegak di atas kepala, bak kata pepatah "early bird catch the first worm".

     Sebenarnya tujuan saya menulis artikel ini adalah sebagai satu nasihat untuk diri saya sendiri yang lalai akibat tidak tidur pada waktu yang sepatutnya dan seterusnya memberi kesan yang tidak baik untuk diri sendiri. Oleh itu sahabat-sahabat sekalian,tidurlah supaya harimu kan indah.


Tinta penulis



Real Life Aircraft Maintenance



Do i want to be an aircraft engineer?

      Truthfully,it is the very basic thing you need to ask yourself before you jump into the aviation field.I am not a perfect person to tell you this as i am also a newbie in this field.What can i say is that,i am very excited to further my profesionalism in this area.You must be ambitious if you need to "glue" yourself in this field. Mr.Nizar,one of my instuctor has always said "From my experience over 20 years in this aviation field,it is very interesting and challenging everyday".

      I believe in what he said because everybody know this, you don't have the second chance once the aircraft in the air.Believe it or not,if you miss even a bolt or a mere crack without giving it a proper treatment,your aircraft may in jeopardy.You can google for Aloha 243 that give impact on the whole aviation industry that the aircraft maintenance is the one to be blame if you want the real prove.It is a sheer luck the pilot manage to land the aircraft safely when nearly a quarter of the fuselage has been flying somewhere else.

       The aircraft engineer is like a doctor that must treat the patient with all his might,if he give anonymous potion,it can hazard the body of a person and for the worst,the patient might died from it.Nau'zubillah min zalik.

       I have a person who i respect the most in this industry and his name is Prof Zahir bin Mokhtar, our dean of UniKl-Miat.I love his speech very much,very inspiring and motivating.In person he is very nice and has something that make everybody love to be on his side,kind of friendly aura.He is once said to us that "You all here  are very fortunate,that everything always prepare for you but it is not the same for us back in the days where we need to find our own way in this field, most of you take it for granted".Then i know that i must take the ladder and climb to the sky-crapping mountain if i want to be a Licensed Aircraft Engineer which is very tough and not every person can achieve it.

SO WHAT DO YOU THINK?


Al-Hadith:

Dari Imran r.a katanya, s:aya bertanya:”Ya Rasulullah, apa dasar kerja orang yang bekerja?” Baginda menjawab;”Setiap orang dimudahkan mengerjakan apa yang dia telah diciptakan untuk itu.” (Al-Bukhari)


Dari Abu malik al-Asy’ari katanya:”Bersabda Rasulullah s.a.w:”Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Membaca Subhanallah dan Alhamdulillah pahalanya sebesar langit dan bumi. Sembahyang itu pelita. Sedekah itu bakti. Sabar itu cahaya dan al-Quran itu akan menjadi kawan atau lawanmu. Manusia sepanjang hidupnya bekerja untuk keselamatan dirinya atau kecelakaannya.”
(Muslim)
Tinta penulis


Are you Honest?

Dari Abu Hurairah r.a. katanya: “Bersabda Rasulullah SAW: “ Tiga macam orang bukan saja tidak akan mendapat layanan dan ampunan pada hari kiamat kelak, bahkan akan mendapat seksa yang pedih, iaitu seorang yang mempunyai kelebihan air di tengah padang pasir, sedangkan ia tidak mahu memberikannya kepada orang yang kehausan, seorang yang menjajakan barang dagangannya sesudah lewat waktu Asar sambil bersumpah dusta bahawa pokoknya sekian-sekian dan dipercayai oleh si pembeli dan seorang lagi yang membai’at pemimpin hanya untuk maksud manfaat keduniaan; apabila kelak maksudnya tercapai, ia patuh dan jika tidak, ia mungkir (berpaling tadah).” 
Riwayat Muslim
Tinta penulis

Little Hamster


Related Posts with Thumbnails