Step by step I learn.Everything is about taking chances.Happy hour, minutes of gloom or even a moment of suffering lead to writing.I am writing to help me remember what i have learn,what i am willing to do and what i am lovin.Everythings matter!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

In The Name of Allah,The Most Merciful And Graceful http://berkatalahyangbenar.blogspot.com/

Home Sweet

Mak..Adik Tak Puasa

Salam Ramadhan...

Dah lama tak menulis dalam blog nie...
Rindu la pulak..

Sudah masuk hari keenam umat islam berpuasa pada bulan ramadan..
Termasuklah Aku..

Aku teringat la zaman kanak-kanak dulu masa berpuasa,asyik ja cari alasan nak bukak puasa, kalau tak pun senyap-senyap minum air paip kat bilik air..hehe

Satu ja perangai aku dari kecik sampai sekarang tak berubah time bulan puasa.
Time nak habis waktu sahur,time tu la aku pulun air sampai habis.Satu botol besar mineral water tu kira standard la time nak habis sahur.Kalau aku tak minum camtu takut tak larat nak puasa.Tambah-tambah time kerja macam sekarang nie.Asyik cakap-cakap,kering air liur aku.

Tapi dah lama dah aku belajar puasa,dari umur 5 tahun sampai la sekarang nie,dah genap 22 tahun .Dah tua rupanya pakcik nie..huhu

Masa cepat ja berlalu,aku tak tau nak buat apa pas nie. Aku macam hilang saja matlamat aku dalam hidup nie.Dulu nak jadi doktor tapi terpesong ke arah engineering pulak, pastu nak jadi engineer tapi dapt keja dengan komputer pulak.Pening! Pening!

Tapi aku ingat nak sambung Degree kot,sebab bila ada degree baru la rasa puas.Kalau orang kampung tanya senang la nak jawab.Sebab orang expect budak lepas "U' mesti ada Degree.

Sambung balik..Satu hari di hari Puasa

Waktu puasa adalah waktu paling letih sekali.Betul ka?
.............
Salah jawapan tu.Sebenarnya waktu puasalah waktu di mana umat islam kuat sekali.Kalau tak percaya bukak balik buku sejarah Form 4/5,takpun bukak bab sirah balik dalam pendidikan islam. Contohnya perang badar,umat islam menang dalam bulan Ramadan.Banyak lagi contoh lain tapi aku pun dah lupa.Tak silap aku time Salahuddin Al-Ayubi ambik balik Al-Quds pun time bulan puasa jugak.Sepatutnya macam tu la.Tapi aku pun rasa sebaliknya time sekarang nie.

Bukan nak menunding jari,sebab satu jari menunding,empat jari balik ke arah kita sendiri.Aku menulis nie sebagai monolog bagi diri nie yang ayik lupa ja.Boleh kira ja berapa kali aku derma kat masjid dengan surau tahun nie.Sekarang duit yang patut disedekahkan bayak-banyak dalam bulan nie rasa macam tak boleh pulak.

Nak beli baju raya,kasut raya,kuih raya,langsir raya dan lain-lain.
isykk..isykh...Duit nie tak pernah cukup rupanya

Selalu ja aku rasa macam hipotesis nie: Semakin banyak sedekah,semakin habis duit dalam poket
tapi sebenarnya Allah nak uji kita ja.tu semua mindset manusia yang secari azalinya terbatas had pemikirannya termasuklah Albert newton dan epal ajaibnya..hehe

Hipotesis yang betul adalah: Semakin banyak sedekah semakin banyak rahmat maka semakin bertambahlah rezeki yang datang dalam pelbagai bentuk zahir dan batin.

Rasanya cukup lah hari nie..letih pulak tangan nie

Salam Ikhwan
 Hafeez












Little Hamster


Related Posts with Thumbnails